Dakwaan Saya & Isteri Orang Bangsawan Tidak Betul - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang Kerusi Parlimen Semberong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan beliau dan isteri golongan bangsawan serta tidak bergaul dengan masyarakat setempat sebagai dakwaan bodoh.

"Saya katakan dakwaan itu bodoh kerana mereka (yang lemparkan dakwaan) tidak tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dan isteri (Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah) dengan masyarakat di Semberong. "Hanya orang di Semberong sahaja yang tahu," katanya pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Melayu Batu Empat, Paloh yang turut dihadiri calon B Nbagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh Teo Yap Kun, di sini, Jumaat.

Kata Hishammuddin, hubungan beliau dan isteri dengan penduduk di kawasan Parlimen Semberong adalah seperti sebuah keluarga besar.

Dalam pada itu beliau turut meminta pengundi di Johor agar menolak kehadiran orang kuat pembangkang yang mencuba nasib di negeri berkenaan.

Jangan bagi peluang mereka bertapak di negeri ini, katanya yang meminta pengundi menggagalkan usaha penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertapak di Johor dengan "menghantar roket ke bulan".

Beliau juga meminta pengundi mengekalkan Johor sebagai kubu kuat Umno dan BN. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan