Abdullah Yakin BN P.Pinang Boleh Menang

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (tiga, kiri) bersama calon-calon Barisan Nasional (BN) selepas perjumpaan jentera piliha nraya Parlimen Permatang Pauh di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh Penanti di Bukit Mertajam pada Sabtu.
Turut hadir (dari kiri) calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahya, calon BN DUN N12 Penanti, Ibrahim Ahmad, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, calon BN Parlimen P44 Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail dan calon Barisan BN DUN N10, Seberang Jaya, Mohammad Nasir Abdullah (kanan). -fotoBERNAMA
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (tiga, kiri) bersama calon-calon Barisan Nasional (BN) selepas perjumpaan jentera piliha nraya Parlimen Permatang Pauh di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh Penanti di Bukit Mertajam pada Sabtu. Turut hadir (dari kiri) calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahya, calon BN DUN N12 Penanti, Ibrahim Ahmad, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, calon BN Parlimen P44 Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail dan calon Barisan BN DUN N10, Seberang Jaya, Mohammad Nasir Abdullah (kanan). -fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Barisan Nasional (BN) boleh menang di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata keyakinan ini bersandarkan kesungguhan jentera parti yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas tanpa mengira penat lelah sejak tiga tahun lepas.

"Selain itu, calon yang dipilih juga memberi komitmen yang tinggi dan berdedikasi bagi memastikan kemenangan serta kejayaan BN di negeri ini. "Saya akui memang agak sukar sedikit tetapi saya yakin dengan kesungguhan semua pihak, terutama jentera pilihan raya, BN mampu beri saingan dan menang di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas bertemu jentera pilihan raya B NPermatang Pauh pada Sabtu.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail, yang berdepan penyandang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdullah juga berkata sudah tiba masanya pengundi di kawasan Permatang Pauh memberi peluang kepada BN untuk mentadbir Parlimen berkenaan dan membangun serta menjaga kebajikan penduduk setempat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan