Abdul Ghani Yakin Pengundi Muda Masih Sokong BN - Berita Semasa | mStar

Abdul Ghani Yakin Pengundi Muda Masih Sokong BN

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman percaya golongan muda di negeri ini masih memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Abdul Ghani berkata inisiatif kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjaga kebajikan dan merancang pelbagai program untuk golongan itu, berjaya menarik golongan muda untuk terus bersama kerajaan.

"Ada yang mengatakan bahawa orang muda kini cenderung menentang BN, namun ia tidak sebegitu.

"Kita percaya orang muda masih lagi memberikan sokongan kepada B Nlebih-lebih lagi hasil program yang kerajaan lakukan berjaya sampai matlamatnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kebajikan MyKasih sebuah pasar raya di Skudai di sini, Sabtu.

Beliau kemudiannya turut meluangkan hampir setengah jam beramah mesra dengan pelanggan di pasar raya berkenaan selain bertemu dengan pemohon MyKasih.

Mykasih merupakan program yang diilhamkan kerjaaan bagi membantu meringankan beban keluarga miskin dengan membolehkan mereka mendapatkan barangan makanan asas secara percuma setiap bulan, menggunakan Mykad.

Mengenai kempen PRU ini, Abdul Ghani yang akan bertanding di kerusi 'panas' Gelang Patah, mengakui masih banyak perlu dilakukan untuk beliau bertemu pengundi akar umbi di kawasan itu.

Bagi menarik pengundi Cina, Abdul Ghani yang telah empat penggal menjadi Menteri Besar turut mewujudkan akaun laman sosial Facebook dalam bahasa Mandarin menggunakan nama, abdulghaniothmanGP dengan slogan 'I'm Your Old Friend' (saya kawan lama anda).

Diharap melalui Facebook saya ini, pengundi Cina dapat berinteraksi secara langsung dan mengemukkan segala pandangan atau cadangan demi kebaikan semua," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan