34 Ahli PKR Tanding Bebas Dipecat - Tian Chua

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 34 Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipecat daripada parti itu.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau Tian Chua berkata tindakan itu diambil selepas mereka gagal menarik diri daripada bertanding dan memohon maaf kepada PKR setelah parti pembangkang itu memberi mereka tempoh sehingga 5 petang pada Khamis lepas.

Beliau memberitahu Bernama bahawa kesemua anggota itu merupakan pemimpin peringkat cabang.

"Mengikut perlembagaan parti pun, kalau ada anggota yang masuk parti lain atau menentang parti, automatik akan kena pecat tetapi kita beri amaran dan tempoh untuk memohon maaf.

"Namun sehingga 5 petang Khamis lepas, tiada sebarang respon daripada anggota-anggota ini. Selepas ini, mereka akan diberikan surat pemecatan," katanya.

Sebelum ini, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi tempoh sehingga Khamis lepas kepada anggota PKR yang bertanding sebagai calon bebas untuk memohon maaf dan menarik diri daripada bertanding. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan