200 Rakyat Malaysia Akan Mengundi Di Pejabat Konsulat Malaysia Di New York

Diterbitkan: Sabtu, 27 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Kira-kira 200 rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar Timur Amerika akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi di Pejabat Konsulat Malaysia di New York pada Ahad ini.

Konsul Jeneral Malaysia di New York Syed Bakri Syed Abdul Rahman berkata daripada jumlah itu, kira-kira 150 adalah pengundi pos iaitu rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan untuk mengundi di luar negara.

Bakinya merupakan pengundi di bawah kategori pengundi tidak hadir (PTH) iaitu terdiri daripada kakitangan kerajaan yang bertugas di beberapa jabatan kerajaan Malaysia di New York, serta pasangan mereka dan pelajar di beberapa universiti di sini, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat.

Beliau berkata semua persiapan untuk pengundian berjalan lancar dan dua kaunter mengundi akan dibuka mulai 9 pagi sehingga 5 petang.

"Seramai 10 petugas termasuk pegawai di pejabat konsulat dan pejabat wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan bertugas pada hari pengundian selain turut diikuti oleh beberapa pemerhati yang mewakili parti-parti politik," katanya.

Pejabat Konsul Jeneral terletak di dalam satu bangunan milik kerajaan yang turut menempatkan beberapa jabatan kerajaan termasuk Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Imigresen.

Dewan utama bangunan berkenaan akan dijadikan sebagai tempat mengundi, kata Syed Bakri.

Sementara itu, difahamkan pejabat Kedutaan Malaysia di Washington DC juga rancak membuat persiapan sejak minggu lepas bagi membolehkan rakyat Malaysia yang layak mengundi pos menunaikan tanggungjawab mereka.

Kira-kira 20 kakitangan pejabat kedutaan itu akan bertugas pada hari berkenaan untuk memantau kira-kira 250 orang yang akan mengundi di pejabat kedutaan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan