Sokongan Kaum India Terhadap BN Johor Di Tahap Terbaik - Abdul Ghani

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Johor berada di tahap terbaik berikutan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kaum itu, selain usaha transformasi yang dilakukan beliau.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berkata kerajaan negeri yang dipimpin beliau sepanjang 18 tahun lalu, juga banyak memenuhi kehendak masyarakat India dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, sosial dan keagamaan.

"Dalam tempoh tersebut, kita telah penuhi banyak kehendak masyarakat India seperti di Gelang Patah empat buah sekolah (Jenis Kebangsaan Tamil) dapat tapak dan peruntukan baharu, sehingga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangkar Pulai berjaya muncul sebagai Sekolah Amanah terbaik daripada 10 sekolah di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Cemerlang 2013 anjuran Persatuan-persatuan Pembangunan Kaum India Bahagian Gelang Patah di Dewan Raya MPJBT, Taman Universiti di sini malam Khamis.

Selain itu, katanya kerajaan negeri juga telah banyak menyelesaikan isu penempatan kuil yang dibina di tepi landasan keretapi di negeri ini.

Menurutnya, kuil terbabit bukan sahaja dipindah dan diberikan tapak baharu, malah kuil baharu turut dibina untuk keperluan ibadat masyarakat India.

"Kita juga membantu badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan mencakupi bidang kebajikan dan kebudayaan dan kita amat gembira dapat membantu mereka dalam soal ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan