Sheera Iskandar Seru Orang Muda Mengundi

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheera Iskandar
Sheera Iskandar

ALOR SETAR: Pelakon Sheera Iskandar, 28, menyeru golongan muda yang menjadi pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan demi masa depan yang lebih cerah.

Menurut Sheera, golongan muda sepertinya turut berperanan dalam menentukan hala tuju negara terutama dalam memilih sebuah kerajaan yang diyakini mengutamakan kebajikan rakyat.

"Mungkin ketika masih muda kita fikir politik tidak penting dan anggap benda ini remeh.

"Tapi sebenarnya tak, kita nak hidup dalam negara yang maju dan nak terus ke depan. Jadi jangan biarkan orang lain tentukan hidup kita, kita sendiri perlu tentukan," katanya ketika ditemui di Pasar Tani Taman Wira, Mergong di sini, Jumaat.

PRU kali ini menyaksikan peningkatan pengundi muda yang ramai iaitu berjumlah 5.5 juta atau kira-kira 42 peratus daripada 13.3 juta pengundi berdaftar.

Sheera antara 11 artis yang mengikuti program Ziarah Syukur bagi membantu Barisan Nasional (BN) berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Kedah.

Alor Setar merupakan lokasi jelajah ke tiga di Kedah selepas kumpulan artis berkenaan mula menemui orang ramai di kawasan Parlimen Padang Terap dan Parlimen Kulim Bandar-Baharu sejak Selasa lalu.

Program yang dijayakan Pengerusi Eksekutif Intenkreatif Sdn Bhd, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar itu bakal meneruskan siri jelajah mereka ke kawasan Parlimen Pendang dan Parlimen Jerlun.

Mengulas lanjut Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid berkata, beliau tidak akan melepaskan peluang untuk pulang mengundi di kawasan Parlimen Pasir Mas di Kelantan pada 5 Mei ini.

"Ini kali pertama saya akan mengundi, jadi insyaAllah saya akan pulang menunaikan tanggungjawab saya," katanya sambil menambah bahawa dia mengetahui mengenai calon yang bertanding di kawasannya iaitu antara Datuk Ibrahim Ali sebagai calon Bebas dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz daripada PAS.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan