Selangor Bentang Kad Laporan Kerana Terdesak - Noh Omar

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Hasrat Kerajaan Selangor mahu membentangkan kad laporan pentadbirannya sebagaimana pernah dilakukan Barisan Nasional (BN), jelas menunjukkan bahawa mereka dalam keadaan terdesak, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Noh, yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, menyifatkan tindakan terburu-buru kerajaan Selangor itu sebagai satu lagi taktik kotor demi untuk meyakinkan rakyat Selangor agar terus menyokong mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei.

"Mereka (Kerajaan Selangor) terdesak sebab itu beliau (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mahu menipu rakyat lagi. Adakah dia buat KPI (Petunjuk Prestasi Utama) sepertimana Perdana Menteri buat? "Perdana Menteri buat report kad setiap enam bulan. Semua menteri dijemput untuk membentangkan apakah pencapaian yang telah dirancangkan. KPI diberi berdasarkan pencapaian setiap menteri dan kementerian.

"Yang menentukkan markah, warna (merah, kuning dan hijau) ini bukan kementerian, ia dilakukan oleh sebuah badan antarabangsa yang membuat penilaian kerja-kerja kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program peningkatan hasil pertanian pertubuhan peladang Kuala Selangor, di sini Jumaat.

Noh berkata Abdul Khalid juga harus menerangkan kepada rakyat mengenai cara dan badan yang bertanggjungjawab membuat penilaian itu dan mengapa hanya satu kad laporan dikemukakan sepanjang lima tahun memerintah negeri Selangor.

Menurutnya, kad laporan BN tidak boleh disamakan dengan kad laporan yang bakal dikeluarkan Selangor, kerana BN menilai prestasi kerja semua kementerian setiap enam bulan dan penilaian dibuat sebuah badan bertauliah antarabangsa tanpa campur tangan kementerian atau mana-mana pihak.

"Apabila rakyat melihat dan menerima report kad yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang begitu baik sekali, hari ini mereka pun nak buat. Kerajaan (PR) yang tidak ada perancangan langsung, kerajaan ad-hoc. "Adakah Exco Kerajaan (Selangor) yang membuat penilaian? Kita bukan kementerian tetapi pihak ketiga. Mengapa beliau tidak umum badan yang membuat penilaian itu," katanya.

Semalam Abdul Khalid berkata kad laporan itu akan dibentangkan sempena siri jelajah manifesto pakatan pembangkang pada 1 Mei di Klang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan