Pembunuhan Shaharuddin Mungkin Ada Kaitan Dengan Tugas Kastam

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBAK… Ahli keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim ketika menunggu di luar bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat.Allahyarham Shaharuddin, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
-Foto BERNAMA
SEBAK… Ahli keluarga Timbalan Ketua Pengarah Kastam, (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim ketika menunggu di luar bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat.Allahyarham Shaharuddin, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya pada Jumaat, mungkin mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai pegawai kanan kastam.

Anak saudara Allahyarham, Roslan Ibrahim, 51, percaya Shaharuddin mungkin mempunyai banyak musuh disebabkan tugasannya dalam jabatan kastam.

"Saya dan Shaharuddin kerap bertemu dan minum bersama dan saya percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan kerjanya," katanya kepada pemberita ketika menemani isteri dan keluarga Allahyarham Shaharuddin di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Kesemua anggota keluarga Shaharuddin hadir di hospital itu untuk menunggu proses bedah siasat. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Timbalan ketua pengarah kastam itu ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi.

Roslan berkata kali terakhir beliau bertemu Allahyarham ialah pada Ahad lepas dan mereka berbual sambil minum bersama. "Allahyarham mempunyai lima orang anak. Dia seorang yang peramah dan tidak sombong serta mempunyai hobi bermain golf. Dia selalu main golf di Seremban," katanya.

Kakak arwah, Zaleha Ibrahim, 70, ketika ditemui di Masjid Sultan Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, berkata kali terakhir beliau bertemu adiknya ialah dua minggu lepas di rumahnya dekat Kuala Selangor.

"Saya dan arwah rapat sebab saya yang jaga dia masa belajar di universiti dulu. "Tidak sangka arwah pergi selepas dia beria-ia mahu berjumpa saya dua minggu lepas," ujarnya sebak.

Menurut Zaleha arwah adalah anak ke lapan dari sembilan beradik. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan