PAS Tidak Mungkin Laksana Hudud - Dr Mahathir

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PADANG TERAP: PAS tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana parti itu tidak mempunyai suara majoriti di Parlimen untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Maharhir Mohamad berkata, jumlah kerusi yang ditandingi PAS iaitu hanya kira-kira 70 kerusi Parlimen tidak membolehkan parti itu membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

"Bagaimana PAS nak dirikan negara Islam? Kerusi Parlimen yang ditandingi PAS tidak pun sampai setengah daripada 222 kerusi yang ada.

"Dengan bilangan yang kecil di kalangan wakil rakyat PAS...itu pun kalau mereka menang, mereka tak mungkin ubah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Selasa bahawa PAS bertegas mahu melaksanakan hudud jika pembangkang berjaya dalam PRU-13 walaupun mendapat tentangan DAP.

Bagaimanapun kenyataan Haron itu mendapat reaksi negatif DAP apabila pengerusinya, Karpal Singh bertegas menentang sebarang usaha PAS meminda Perlembagaan Pesekutuan untuk memasukkan hukum hudud sebagai salah satu undang-undang tertinggi negara jika pakatan pembangkang menang pada PRU-13.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata, PAS perlu mendapatkan persetujuan sekutunya dalam pakatan pembangkang jika mahu terus melaksanakan negara Islam ala PAS.

"Kalau dia (PAS) ingin juga ubah Perlembagaan dan jadikan negara ini negara Islam dan hukum hudud dilaksanakan, mereka perlu minta tolong daripada PKR dan DAP.

"Kalau PAS dengan hanya bilangan kerusi kurang daripada 50 peratus ingin menukar Perlembagaan, mereka mesti mengemis minta pertolongan daripada DAP," katanya.

Bagaimanapun tegas Dr Mahathir, kenyataan PAS untuk tetap melaksanakan hukum hudud hanya sebagai modal politik untuk memancing undi.

Katanya lagi, walaupun PAS sedar mereka tidak akan berjaya mendapatkan sokongan DAP dalam isu berkenaan, tapi janji untuk melaksanakan hukum hudud tetap dibangkitkan bagi meyakinkan rakyat mengenai pejuangan mereka.

"Selagi DAP tidak terima perubahan Perlembagaan yang cadangkan oleh PAS dan selagi tak dapat majoriti dua pertiga yang menyokong cadangan PAS, maka cadangan itu tidak boleh dilaksanakan.

"Tetapi untuk pilihan raya, katalah apa pun. Ini semua untuk mendapatkan undi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan