PAS Kelantan Hanya Tunggu Tuntutan Royalti Untuk Laksana Manifesto

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS Kelantan pada masa ini hanya menunggu tuntutan royalti sebagai sumber mereka untuk melaksanakan manifestonya bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Hassan Harun berkata, PAS negeri kini 'tersangkut' dengan tuntutan royalti berkenaan sedangkan ia masih dalam rundingan menerusi Jawatankuasa Khas Petroleum yang ditubuhkan Kerajaan Pusat pada Ogos tahun lalu di mana negeri itu diwakili oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.

"Kalau tengok manifesto mereka, apabila dapat RM12 bilion (seperti yang dituntut oleh kerajaan negeri), maka mereka akan buat itu, buat ini.

"Ertinya PAS (Kelantan) tidak ada duit sendiri untuk membuat janji lebih daripada itu," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

PAS Kelantan pada Selasa lalu, menawarkan sembilan perkara dalam manifesto PRU-13 mereka sekiranya mendapat mandat daripada rakyat untuk kekal memerintah negeri itu.

Bagaimanapun, tawaran itu lebih menumpukan soal royalti dengan menyatakan sebanyak 23 sub-tawaran hasil daripada tuntutan berkenaan akan dikongsi bersama rakyat.

Hassan berkata, PAS Kelantan tidak mempunyai sumber yang mencukupi sehingga menyukarkan mereka untuk membuat janji dan hanya menumpukan soal tuntutan royalti bagi melaksanakan manifesto.

"Tetapi duit itu nak tuntut macam mana, kerana ia masih dalam rundingan. Ini jelas bahawa ia merupakan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan PAS untuk buat janji mereka," katanya.

Dalam pada itu, Hassan berkata, berdasarkan hasil kajian beliau pada tahun 1999 menerusi buku bertajuk 'Kelantan - Rakyat Dinamik, Negeri Semakin Ketinggalan' mendapati wujudnya prospek industri petrokimia di Kelantan.

"Jika BN dapat memerintah Kelantan, prospek industri petrokimia ini akan diusulkan kepada Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan sebagai suatu perubahan yang luar biasa di negeri ini," katanya.

Menurut kajian tersebut, potensi pembangunan projek petrokimia di Kelantan meliputi pembangunan ekonomi, prasarana dan pembandaran, sosio-ekonomi serta peluang perniagaan daripada industri itu.

Bagaimanapun, halangan dan cabaran ketika ini ialah kesanggupan rakyat di negeri itu untuk memberi mandat kepada pihak yang berkeupayaan iaitu Kerajaan Pusat bagi melaksanakannya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan