Nik Aziz Sokong Anwar Jadi PM - Nurul Izzah

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum.

Ini timbul berikutan penyebaran sepucuk surat sarjana Islam terkemuka dunia yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia yang berpangkalan di Doha, Qatar, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi, telah menyokong Anwar menjadi perdana menteri.

"Bagi saya, apabila beliau (Nik Aziz) menerima dan mengumumkan mengenai surat itu, ia menunjukkan tanda sokongannya," kata Nurul Izzah kepada pemberita selepas 'mengedarkan' surat berkenaan kepada orang awam.

Beliau menegaskan bahawa bukan PKR atau PAS yang mendedahkan mengenai surat yang bertarikh 2 Mac tahun ini, sebaliknya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berbuat demikian.

"Pimpinan ABIM yang membuat pendedahan mengenai surat tersebut dan kami (PAS dan PKR) hanya mengagihkannya sejajar dengan harapan Dr Yusuf," katanya.

Surat empat muka itu ditujukan kepada PAS, PKR dan rakan daripada parti Cina.

Antara isi kandungannya ialah, Dr Yusuf menyatakan rasa simpatinya terhadap Anwar serta tanda sokongannya terhadap keupayaan Pakatan Rakyat untuk memerintah.

Dengan pengalaman yang dimiliki Anwar melalui perjuangan dan sikapnya yang diterima oleh rakyat pelbagai kaum Melayu, Cina dan India, Dr Yusuf berkata Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri.

"Dia (Anwar) paling layak memimpin dan beliau juga dapat melaksanakan pembangunan Malaysia merangkumi pelbagai aspek," katanya dalam surat berkenaan.

November tahun lalu, Dewan Ulama PAS di Muktamar PA ke-58, menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berpeluang membentuk kerajaan pusat.

Dalam perkembangan lain, Nurul Izzah berkata PKR akan kekal komited dalam mempertahankan Kelantan bersama-sama sekutu mereka PAS dan DAP.

Ditanya ada kemungkinan PAS menarik diri daripada Pakatan pembangkang ekoran penolakan pelaksanaan Hudud oleh PKR dan DAP, Nurul Izzah berkata mereka terikat dengan Polisi serta Kerangka kerja Bersama Pakatan.

Bagaimanapun, beliau mengakui mereka tidak boleh menolak pendirian PAS mahu menubuhkan negara Islam walaupun langkah sedemikian boleh mensia-siakan kewujudan Pakatan Pembangkang.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan