Mindef Kenal Pasti Tiga Dalang Pencerobohan Lahad Datu - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Apa yang boleh saya katakan, dua daripada pemimpin pembangkang itu daripada Semenanjung dan seorang lagi daripada Sabah. "Maklumat kini sudah terkumpul dan semua butir-butir itu akan diserahkan sepenuhnya di Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut. Beliau berkata pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu. "Bila akan diserahkan...tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicopkan sandiwara politik Umno," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua mendakwa kenyataan Menteri Pertahanan itu berunsur politik.

Beliau mempersoalkan kenapa Ahmad Zahid membuat kenyataan itu menjelang pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Beliau juga meminta menteri berkenaan menamakan tiga pemimpin pembangkang yang dikenal pasti menjadi dalang kepada insiden pencerobohan Lahad Datu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan