Kereta Perisai Akan Ditempatkan Di Lahad Datu

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Kereta perisai (APC) 4x4 dan 8x8 yang direka dan dibina di Pekan akan digunakan untuk mempertahankan negara daripada serangan penceroboh asing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berharap untuk menghantar APC keluaran DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) ke Lahad Datu, Sabah.

"Kita telah mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Tiur Sabah (Esscom) untuk menyekat mana-mana pencerobohan tentera bagi meningkatkan keselamatan di negeri itu.

"Batalion itu akan disokong dengan peralatan dan logistik APC kita sendiri," katanya kepada kira-kira 2,000 kakitangan Kumpulan DRB-Hicom di Kolej Automatif Antarabangsa Malaysia di sini, Khamis.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, saki baki penceroboh bersenjata akan dihapuskan manakala mereka yang berani menceroboh negara itu akan diuruskan oleh pasukan keselamatan menggunakan APC dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kilang automotif di Pekan telah mengubah landskap di negeri tersebut daripada sebuah pekan berasaskan pertanian menjadi sebuah bandar maju.

"Ini merupakan satu lagi contoh transformasi yang dilakukan kerajaan untuk merangsang pertumbuhan dan pembangunan negara.

"Penduduk tempatan yang tidak mempunyai kerja pada musim tengkujuh tidak perlu risau dengan peluang pekerjaan yang disediakan," katanya.

Najib berkata, pertemuannya dengan pihak pengurusan tertinggi Volkswagen AG di Eropah menyaksikan pembinaan kilang pemasangan tersebut dengan pelaburan bernilai RM600 juta.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan