Keprihatinan Kerajaan Pikat Hati Penduduk Bagan Serai - PM

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN SERAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahulukan rakyat telah dapat menarik sokongan penduduk Bagan Serai.

Katanya sambutan orang ramai pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia Parlimen Bagan Serai di sini hari ini yang sangat hebat, menunjukkan sokongan terhadap B Ntelah pulih.

"Menteri Besar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) berkata dulu Bagan Serai tidak berapa mesra, hari ini berbeza, Bagan Serai kembali kepada BN kerana dalam masa empat tahun kita telah tunjukkan kita sebuah kerajaan yang mendahulukan rakyat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang pada majlis itu.

Beliau berkata kerajaan BN telah menunaikan janji kepada penduduk Bagan Serai itu dengan pelaksanaan projek tebatan banjir bernilai RM564 juta bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering dihadapi penduduk di kawasan itu.

Najib berkata projek tebatan banjir itu telah dimulakan dengan RM100 juta telah dibelanjakan.

"Ini adalah janji kita yang kita tunaikan, kita juga berjanji nak buat hospital. Orang Bagan Serai tak senang sebab tak cukup katil. Kita boleh masuk dalam aku janji, kita tambah lagi 200 katil untuk masyarakat Bagan Serai," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-12, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohsin Fadzli Samsuri mengalahkan calon BN, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti 3, 413 undi. Mohsin kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai calon Bebas.

Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini, BN yang diwakili Noor Azmi Ghazali akan ditentang Pengerusi PKR Perak Datuk Dr Mohd Nor Manuty dan calon Bebas, Abdul Latif Masud. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan