Hargai Undi, Jangan Pilih Ikut Emosi - Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta semua pengundi supaya menghargai hak demokrasi mereka sebagai pengundi dan tidak mengundi mengikut emosi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata ini penting kerana undi yang diputuskan oleh 13,268,002 pengundi berdaftar pada hari pengundian 5 Mei ini merupakan penentu kepada nasib generasi masa depan.

"PRU13, emosi letak ke tepi. Ini kerana undi itu amat mustahak berikutan ia merupakan satu amanah. Bukan untuk protes dan bazirkan undi itu," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan MCA Mambau di Taman Rasah Jaya di sini, Jumaat.

Turut hadir calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambau, yang juga Ketua Wanita MCA Malaysia Datuk Yu Chok Tow dan calon DUN Rahang Julia Wong Pik Min.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergolakan dalam pakatan pembangkang yang memperlihatkan mereka tidak sepakat dalam pelbagai perkara biarpun sering melaungkan konsep 'kekitaan' sesama mereka.

Katanya sokongan kepada mana-mana calon atau parti yang diterjemah dalam bentuk undi pada hari pengundian nanti harus dilakukan dengan pemikiran wajar berlandaskan kepada penilaian rekod pimpinan sesebuah parti dan bukannya disebabkan perasaan tidak suka atau terpedaya dengan fitnah.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata jumlah calon wanita untuk bertanding bagi PRU13 menunjukkan peningkatan berbanding PRU sebelum ini dan ia merupakan satu pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap peranan golongan itu.

Katanya wanita memang dikenali sebagai golongan yang bekerja kuat dan sentiasa memberi komitmen tinggi dalam sesuatu perkara termasuk dalam menjaga hati pengundi sehinggalah ke akar umbi.

"Wanita zaman ini semangat mereka berkobar-kobar. Bukan hanya sebab menjadi calon atau wakil rakyat, tetapi kalau kita tengok hari ini kerja-kerja politik yang hendak memenangkan Barisan Nasional (BN) tulang belakangnya adalah jentera wanita," katanya.

Mengulas mengenai potensi kemenangan calon-calon wanita BN pada PRU13 kali ini, beliau berkata berdasarkan bancian jentera Jalinan Rakyat Wanita BN, peluang mereka adalah cerah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan