Ceramah Anwar di Felda Lepar Hilir Gagal Tarik Pengundi - Berita Semasa | mStar

Ceramah Anwar di Felda Lepar Hilir Gagal Tarik Pengundi

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menarik minat peneroka Felda Lepar Hilir 2 untuk mendengar ceramah beliau.

Hanya kira-kira 100 orang termasuk petugas dan penyokong parti daripada PKR bahagian Kuantan hadir untuk memberikan sokongan.

Felda Lepar merupakan salah satu daripada kawasan felda terbesar yang terletak di bawah Parlimen Paya Besar yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Anwar bercakap mengenai beberapa isu termasuk mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak sehari selepas mereka mengambil alih Putrajaya.

Beliau turut memberitahu hadirin bahawa dia telah memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyebabkan beliau dipenjara.

Anwar kemudian memperkenalkan calon PKR bagi Parlimen Paya Besar, Murnie Hidayah Anuar yang juga seorang peguam.

Sementara Jefri Jaafar Tukemin pula calon bagi DUN Lepar.

Beliau berkata Pakatan Rakyat mempunyai sokongan yang kuat di Kuantan dan Indera Mahkota namun ia perlu dikuatkan di Paya Besar.

Anwar menggesa hadirin supaya menyampaikan mesej berkenaan kepada semua dalam usaha memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen dan DUN pda pilihan raya kali ini.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan