Bukan Sekadar Manifesto, Tapi Aku Janji Yang Akan Diadili Tuhan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini bukanlah sekadar manifesto, tapi merupakan aku janji yang akan diadili rakyat dan Tuhan, jika tidak diterjemahkan selepas mendapat mandat baharu pada 5 Mei ini.

Perdana menteri berkata sejak beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sejak empat tahun lepas, ia bukanlah sekadar slogan, tetapi satu falsafah bagi memacu negara mencapai negara maju menerusi pelbagai program transformasi yang dirancang.

Najib berkata menerusi Manifesto BN berdasarkan falsafah 1Malaysia itulah, kerajaan BN akan menterjemahkannya supaya rakyat dan negara terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

"Manifesto BN juga bukahlah sekadar janji, tapi saya kata ia adalah aku janji. Aku janji itu bukan saja akan diadili rakyat tetapi Allah di akhirat nanti. "Dan kita buat aku janji, lima tahun lagi kita akan buat lebih baik lagi," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat dan melawat projek tebatan banjir di Sungai Isap, Kuantan, di sini, Khamis. Najib berkata projek tebatan banjir bernilai RM78 juta itu juga merupakan program berdasarkan falsafah 1Malaysia yang mengutamakan rakyat, dengan menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

Selepas siap dua tahun lepas, perkampungan Sungai Isap yang meliputi kawasan perumahan dan penempatan tradisonal yang didiami lebih 15,000 penduduk itu, tidak lagi mengalami banjir.

Najib berkata kerajaan BN akan terus membawa perubahan apabila diberi mandat baharu nanti berdasarkan aku janji berkenaan.

"Adakah semua kerajaan sama? Tak akan semua kerajaan sama! Ada kerajaan yang boleh merancang, tersusun, ada idea, mampu melaksanakan, ada pula yang suka berjanji, janji berjela-jela, janji bulan dan bintang, tambah lagi dengan cakerawala, ada yang cakap macam madu, tapi racun sebenarnya," katanya.

Program sehari suntuk Najib di Pahang hari ini dilihat amat bermakna apabila beliau sendiri menyaksikan program transformasi yang dilakukan benar-benar dilihat memberi manafaat besar kepada rakyat.

Terdahulu sebelum majlis itu, beliau melawat Terminal Bas Kuantan Sentral di bandar Indera Mahkota bernilai RM55 juta, yang juga merupakan projek transformasi pengangkutan, dalam usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuantan.

Pada tengah hari tadi beliau melawat Kompleks Automatif DRB-HICOM d Pekan, yang bermula dengan hanya sebuah kilang kecil pada 1984, kini ternyata memberi manfaat besar kepada negara yang bakal menyumbang pulangan RM12 bilion kepada pendapatan kasar negara (GNI) menjelang 2015.

Najib berkata apa yang penting ialah kerajaan akan terus berusaha memakmurkan dan mensejahterakan negara, mengembangkan hasil, dan apabila hasil negara bertambah, maka rakyat yang akan menikmatnya kelak.

Sementara itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika berucap pada majlis di Sungai Isap itu berkataprojek tebatan banjir berkenaan berjaya menangani masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu.

Beliau berkata banjir buruk pada 2001 menyebabkan kerugian harta benda berjumlah RM35 juta, serta melibatkan pemindahan mangsa banjir seramai 9,000 mangsa. Kini, Adnan berkata dengan adanya projek tebatan itu, lebih 15,000 penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu lagi bimbang kawasan itu akan dilanda banjir. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan