Boleh Berbahasa Siam Bukan Faktor Mudah Dekati Masyarakat Minoriti - Noor Zahidi

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Boleh berbahasa Siam bukan faktor bagi calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar mudah untuk mendekati masyarakat Siam di Kelantan, sebaliknya beliau perlu mempamerkan khidmat sebagai wakil rakyat yang menjadi pertimbangan oleh kumpulan minoriti itu.

Noor Zahidi berkata, disebabkan mempunyai pengundi di kalangan masyarakat Siam di Kelantan khususnya di Tumpat maka adalah wajar bagi beliau untuk mempelajari bahasa itu.

"Bagaimanapun yang menjadi pertimbangan pengundi adalah perkhidmatan berdasarkan apa yang diberikan oleh wakil rakyat.

"Bagi yang baru (calon), keyakinan mereka yang dipilih ini mampu untuk membantu menyelesaikan masalah mereka di samping membawa masyarakat mereka ke satu tahap lebih baik," katanya kepada pemberita dalam satu majlis sumbangan kepada pelajar-pelajar Sekolah Wat Machimaram di Kg Jubakar dekat sini, Jumaat.

Turut hadir ialah calon BN-Parlimen Tumpat, Mansor Salleh, Calon BN-DUN Kelaboran, Wan Hanapi Wan Yaacob dan calon BN-DUN Wakaf Bharu, Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz serta Ketua Agama Wat Machimaram, Phrak Khru Vithetthammaknart dan Anggota Dewan Negara mewakili masyarakat Siam di Malaysia, Senator Datuk Boon Som Inong.

Noor Zahidi yang merupakan penyandang kerusi DUN Pengkalan Kubor berkata, boleh berbahasa Siam bukan satu kepentingan tetapi ia bergantung pada keadaan apabila bertemu dengan komuniti itu.

"Tidak ada kelebihan pun, mungkin 'seronok' ada. (Namun) perkhidmatan itu yang penting, dan kedua adalah keyakinan mereka (terhadap wakil rakyat).

"Saya sering meluangkan masa dengan masyarakat Siam. Mereka adalah masyarakat yangg cukup sederhana, tahu berterima kasih dan mempunyai nilai yang baik. Saya amat senang sekali dengan masyarakat Siam ini," katanya.

Menurut Noor Zahidi, masyarakat Siam sejak dahulu lagi merupakan penyokong kuat BN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak membantu mereka dari segi kebajikan.

"Perkara-perkara (hak-hak kaum minoriti) yang termaktub dalam perlembagaan akan dibela dan tetap dipertahankan.

"Sementara perkara yang lain mengikut keadaan semasa yang akan dikenal pasti oleh pemimpin-pemimpin golongan minoriti untuk dibawa kepada pengetahuan pimpinan Barisan Nasional akan diselesaikan," katanya.

Noor Zahidi akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang disandangnya daripada pesaing yang merupakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shahrom Ibrahim.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan