Ahmad Bashah Kesal Insiden Pukul Kanak-Kanak

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah kecewa dengan sikap penyokong pembangkang apabila dipercayai bertindak ganas terhadap kanak-kanak yang menyatakan sokongan kepada parti itu.

Sambil menggesa pihak polis menyisat mengenai insiden itu, Ahmad Bashah berkata ia tidak sepatutnya berlaku terutama terhadap kanak-kanak kerana ia ternyata mencemarkan budaya berkempen secara sihat.

"Perkara ini tak sepatutnya berlaku, kalau dia nak sokong siapa pun apa masalahnya.

"Saya kesal perkara ini berlaku, kalau nak berkempen biarlah secara sihat...tak perlu sampai nak mencederakan orang," katanya di sini, Jumaat.

Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, Mohamad Ismadinel Ar. Samsudin dilaporkan cedera selepas dipukul oleh penyokong sebuah parti pembangkang berikutan mengaku menyokong BN.

Kejadian berlaku di Felda Teloi Timur, Baling kira-kira pukul 9.37 malam, ketika mangsa berjalan pulang selepas menunaikan solat Isyak di Masjid Felda Teloi Timur.

Mangsa dilaporkan cedera di bahagian kaki setelah dipukul dan disepak salah seorang lelaki dari kumpulan penyokong berkenaan lalu terjatuh ke dalam parit berdekatan.

Mohamad Ismadinel dipukul hanya kerana menjawab soalan parti mana yang menjadi pilihannya ketika ditahan sekumpulan lelalki bermotosikal.

Difahamkan, kumpulan lelaki tersebut merupakan sebahagian daripada peserta konvoi motosikal pembangkang sempena Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim mengesahkan laporan berkenaan dan mangsa didakwa tidak mengenali kumpulan lelaki terbabit.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan