530 Bekas Ahli PAS Selama Serah Borang Sertai Umno Kepada PM

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MERIAH ... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menerima borang kemasukan ahli UMNO daripada Ahmad Zanian Mat Shohor dari Kampung Tapah pada Majlis Kenduri Rakyat di Dewan Orang Ramai Sungai Bayor di Selama pada Jumaat.-Foto BERNAMA
MERIAH ... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menerima borang kemasukan ahli UMNO daripada Ahmad Zanian Mat Shohor dari Kampung Tapah pada Majlis Kenduri Rakyat di Dewan Orang Ramai Sungai Bayor di Selama pada Jumaat.-Foto BERNAMA

SELAMA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima borang permohonan untuk menyertai Umno daripada 530 bekas anggota PAS di sekitar Selama, Perak.

Mereka terdiri 130 orang di Kampung Tapah, 100 orang di Kampung Parit Dalam dan 300 orang di Kampung Raja Bersiung, menyerahkan borang berkenaan pada majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor di sini.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Larut Abdullah Man, 63, berkata beliau amat kecewa dengan perjuangan PAS yang telah lari daripada perjuangan asal termasuk isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Kami akan membantu jentera Umno dalam menerangkan kepada rakyat tentang kepincangan yang berlaku di dalam PAS supaya orang lain tidak terpedaya lagi," katanya.

Sementara itu, seramai 150 anggota Persatuan Belia 1Malaysia Selama turut menzahirkan sokongan kepada BN dengan menyerahkan borang untuk menjadi anggota Umno.

Wakil persatuan belia tersebut, Shahul Hamid, 28, berkata hanya BN sahaja yang boleh memimpin negara memandangkan kurangnya persefahaman di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin.

Terdahulu, Najib menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aziziah. Ketibaan Perdana Menteri yang berpakaian baju Melayu biru di masjid pada kira-kira 1.20 tengah hari disambut oleh anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Beliau dilihat menunaikan solat sunat sebelum mendengar khutbah Jumaat dan seterusnya menyertai kira-kira seribu jemaah menunaikan solat Jumaat.

Selepas solat, Perdana Menteri bersalaman dengan jemaah sebelum meneruskan program di majlis Kenduri Rakyat itu.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan surat hak milik tanah peserta Felcra Bhd Sungai Malau kepada 70 penerima. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan