Usah Bawa Sentimen Agama Untuk Raih Undi di Gambir

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, M.Asojan menyifatkan tindakan pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab apabila memainkan sentimen agama dan meniup api perkauman dalam strategi meraih undi di daerah itu.

Beliau yang juga Setiausaha MIC negeri akan berdepan tentangan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir termasuk pencalonan daripada Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed bimbang keadaan tersebut mewujudkan perpecahan antara kaum dan agama yang selama ini aman dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Perkara ini sangat bahaya bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada perpaduan kaum kerana akan timbul kebencian, ini berbeza dengan BN yang tidak pernah menggunakan isu perkauman dan agama.

"Pengundi perlu ingat kita tidak pernah persoalkan siapa Perdana Menteri, Islam sebagai agama rasmi dan Raja-raja Melayu atau apa saja yang termaktub dalam perlembagaan sebaliknya pembangkang menyentuh semua pekara ini," katanya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan mesra di Bandar Baharu Bukit Gambir, di sini, Rabu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri akan berdepan dengan dua calon Bebas iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Ledang, Mohd Zan Abu dan bekas guru Yunus Mustakim.

Bagaimanapun, beliau yakin mampu mempertahankan kerusi DUN Gambir yang disandangnya sejak 2004 melalui pembangunan dan kemajuan yang dibawanya dibawah parti BN.

"Jangan ingat pada individu yang anda undi sebaliknya pasukan yang saya wakili iaitu BN.

"Banyak pembangunan telah dilakukan daripada pekan koboi sehingga menjadi bandar baru dan terbaru ialah Plaza Tol Bukit Gambir oleh Plus Expressways Bhd dijangka siap tahun depan dengan kos RM80 juta," ujarnya.

Tambahnya, usaha mendapat kerjasama dengan sebuah pelabur juga telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di daerah itu.

Beliau juga dalam usaha mempelawa pihak swasta melabur dalam pembangunan perumahan kos rendah bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

Dalam pada itu, beliau bersama komponen-komponen BN Bahagian Ledang berikrar memastikan kemenangan di Parlimen tersebut termasuk DUN Serom, Tangkak dan Gambir sebagai hadiah kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

"Kita berjanji untuk hadiahkan kemenangan di empat-empat tempat ini kepada MB kerana dia adalah wira Johor," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan