Tiga NGO Selangor Edar Sejuta Risalah Kegagalan Pembangkang Tunai Janji

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor pada Khamis memulakan "road show" di seluruh negara bagi mengedar sejuta risalah mengenai kegagalan kerajaan pakatan pembangkang menunaikan janji pada 2008 dan kejayaan program pembangunan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 2009.

Badan-badan itu ialah Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Waris Malaya.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata pengedaran risalah itu bertujuan memberitahu rakyat, khususnya kaum India mengenai pelbagai penipuan oleh pakatan pembangkang dan kegagalan mereka menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), 2008.

Risalah itu juga bertujuan menyedarkan rakyat mengenai sumbangan dan kejayaan Perdana Menteri sejak 2009, khususnya kepada kaum India.

"Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi dengan pakatan pembangkang yang jelas menyisihkan kaum India dan tidak membantu kaum India. Berbanding pembangkang, kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri bukan sekadar berjanji tetapi juga menepatinya.

"Justeru, kita akan adakan roadshow untuk edar risalah ini sehingga menjelang hari mengundi pada 5 Mei ini, di kawasan terpilih terutama yang mempunyai ramai komuniti India di negeri tumpuan seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Johor," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengedarkan risalah itu kepada pengguna lebuh raya persekutuan yang melalui plaza tol Batu Tiga di sini Khamis.

Ramesh berkata kesemua risalah itu akan diedarkan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) seluruh negara dan di Selangor sahaja, sebanyak 400,000 risalah akan diedarkan.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata risalah itu, antara lain menyebut 16 perkara disediakan Perdana Menteri untuk kaum India seperti biasiswa, MyDaftar (Kad Pengenalan), pinjaman Tekun, baucar buku 1Malaysia dan kebajikan untuk warga emas.

Beliau berkata ini menunjukkan Najib sangat mengutamakan kebajikan semua rakyat dan tidak pernah mengetepikan kaum India. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan