Shafie Apdal Hadir Kempen Adik Antara Program Sokong Semua Calon BN

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kehadiran Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam siri kempen adiknya Datuk Mohd Yusof Apdal yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lahad Datu adalah sebahagian program memberi sokongan kepada semua calon Barisan Nasional (BN).

Katanya program itu penting bagi memastikan semua calon BN menang pada pilihan raya umum ini, sekali gus membolehkan BN membentuk kerajaan.

"Saya telah pergi ke Tawau untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan saya yang bertanding di sana dan saya juga akan pergi ke Sarawak untuk menyokong calon-calon BN di sana.

"Kita patut menyokong parti (BN). Saya datang bukan kerana calon kerusi DU NLahad Datu ini adalah adik saya. Kita mahu pastikan semua calon menang dan mendapat majoriti yang besar kali ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pengundi di Kampung Warisan di sini.

Mohd Shafie yang mempertahankan kerusi Parlimen Semporna, berkata kemenangan semua calon BN akan mengukuhkan kedudukan BN sebagai kerajaan, sekali gus membolehkan lebih banyak program pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan