Petugas PRU-13 Bagi Kawasan Parlimen Tawau Mengundi Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JALAN TANGGUNGJAWAB ... Petugas pilihan raya menunai kewajipan sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Dewan Mesyuarat Majlis Perbandaran Tawau di sini, Khamis. -FotoBERNAMA
JALAN TANGGUNGJAWAB ... Petugas pilihan raya menunai kewajipan sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Dewan Mesyuarat Majlis Perbandaran Tawau di sini, Khamis. -FotoBERNAMA

TAWAU: Seramai 360 petugas pilihan raya, termasuk 10 petugas media di kerusi Parlimen Tawau yang akan bertugas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini, hari ini menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi pada Khamis.

Penolong Pegawai Pengurus Parlimen P190 Tawau, Isnen Mohd Said berkata petugas berkenaan yang merupakan pengundi pos menunaikan kewajiban mereka di pusat pengundian di Pejabat Majlis Perbandaran Tawau yang dibuka pada 9 pagi dan ditutup 5 petang ini.

Hasbi Salamat, 32, jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Tawau yang bertugas di Lahad Datu sepanjang proses PRU13 berkata beliau dan rakannya berlepas dari Lahad Datu kira-kira 7.30 pagi ini.

Beliau yang pertama kali mengundi berkata:" Sebelum ini, saya tidak begitu sedar mengenai pentingnya undi itu kepada sistem perjalanan pentadbiran negara kita.

"Hari ini saya sudah faham dan sedar. Tadi saya dan rakan bertolak dari Lahad Datu pada 7.30 pagi untuk menunaikan kewajipan ini. Saya begitu gembira dapat mengundi kali ini". Wartawan RTM Tawau, Tamri Jamil berkata beliau merasa selesa kerana dapat menunaikan kewajipannya lebih awal dan dengan itu boleh menumpukan perhatian terhadap tugasan membuat liputan pilihan raya umum kali ini.

Tamri, 39, berkata dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada petugas media yang bertugas di luar kawasan sepertinya, beliau tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk balik ke kawasan mengundi.

"Mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Inilah sumbangan kita untuk menentukan kepimpinan masa depan negara kita. Saya memang tidak ingin melepaskan peluang ini," katanya.

Penjawat awam, Siti Ruqayyah Syarifuddin, yang akan bertugas di pusat mengundi di SK Taman Tawau pada 5 Mei ini, berkata pengundian awal ini merupakan kali kedua baginya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan