'Perang Speaker' PAS - BN Gagal

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KEDAH: Hasrat PAS untuk 'berperang speaker' dengan Barisan Nasional (BN) dilihat gagal apabila lokasi ceramah parti itu kosong tanpa kehadiran tetamu.

Tinjauan ke lokasi ceramah PAS di Jalan Kuala Kedah yang terletak kira-kira 500 meter daripada lokasi ceramah BN mendapati hanya sebuah khemah didirikan dengan beberapa longgokan kerusi masih bersusun.

Ketika tinjauan sekitar pukul 9.15 malam, khemah ceramah PAS hanya terdapat seorang petugas parti sedang menunggu kehadiran orang ramai.

Tidak seperti kebiasaan, penyokong PAS lazimnya akan memenuhi lokasi ceramah lebih awal sebelum bermulanya ceramah pada pukul 9 malam.

Difahamkan, ceramah berkenaan bakal dihadiri calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail.

Menurut maklumat daripada petugas PAS, pemilihan lokasi ceramah berkenaan dibuat pada saat akhir bertujuan menyaingi ceramah BN.

Sementara itu lain pula situasinya di lokasi ceramah BN yang dipenuhi hampir seribu penyokong parti itu.

Penyokong parti itu dilihat sudah memenuhi khemah yang disediakan seawal pukul 8.30 malam menunggu kehadiran penceramah utama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun pada mulanya penyokong BN terpaksa bergelap apabila bekalan elektrik terputus, namun masalah itu berjaya diselesaikan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan