Pembantu Jenice Lee Ugut Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Berhubung Dakwaan Tipu

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Seorang bekas pembantu pemimpin DAP, Jenice Lee, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai sekiranya Tan tidak mengemukakan bukti berhubung tuduhan berhubung salah guna dana daripada penduduk yang dilemparkan terhadapnya dalam tempoh 24 jam.

Lee Hsuan Ba berkata demikian pada sidang media di pejabat wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Teratai di sini pada Khamis.

Beliau menggesa Tan mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu kepada pemberita atau dia perlu meminta maaf secara terbuka dan menarik semula kenyataannya sebelum ini.

Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, Lee berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan kerana membuat kenyataan palsu terhadapnya serta merosakkan reputasi beliau.

Tan dalam satu kenyataan kepada media pada 24 April lalu, menuduh Lee dan Hsuan Ba telah menyalahguna dana yang dikutip daripada penduduk selepas bersetuju untuk membantu mereka membina kembali tembok sedia ada.

Dalam surat yang dihantar kepada The Star itu turut mengesahkan terdapat dua aduan, termasuk dakwaan pelantikan syarikat Hsuan Ba untuk membekalkan barang dengan menggunakan dana kerajaan negeri, termasuk dakwaan berulang berhubung tuduhan berkenaan serta serangan terhadap jawatankuasa disiplin parti.

Hsua Ba, menjelaskan sejumlah wang bernilai RM32,000 yang dikutip daripada penduduk bukanlah untuk membina tembok baru, namun ia adalah membaikpulih tembok asal untuk mengelakkan rumah penduduk terutamanya mereka yang tinggal di kawasan cerun daripada kawasan tanah runtuh.

"Penduduk dan kontraktor telah diupah untuk membuat kerja baik pulih tembok berkenaan boleh menjadi saksi bahawa saya hanya membayar sejumlah wang (yang dikutip daripada penduduk) sebagai mewakili mereka. Kemudian, saya telah menyerahkan bayaran berkenaan kepada kontraktor terbabit selepas kerja mereka siap," katanya.

"Mereka yang sebenarnya (penduduk) yang meminta saya mengesyorkan kontraktor yang boleh dipercayai untuk melaksanakan projek berkenaan.

"Penduduk juga boleh menjadi saksi saya tidak pernah mengutip sejumlah wang menggunakan syarikat bernama BA Communications," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan