Pembangkang Tertekan Kempen Tidak Dapat Sambutan di Selangor - Noh Omar

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pakatan pembangkang kini berasa tertekan kerana kempen dijalankan mereka di negeri ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk sebagaimana diharapkan.

Beliau berkata keadaan itu telah mendorong pembangkang melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya BN membeli bilik-bilik gerakan pakatan pembangkang supaya ia ditutup.

Tuduhan tidak berasas itu menunjukkan bahawa pihak pembangkang semakin tertekan, katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

"Kita lihat sambutan kempen pembangkang agak berkurangan kebelakangan ini , pembangkang tidak menjangka sambutan kempen mereka berkurangan mereka mula merasa ragu kerana kurangnya sokongan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya BN telah membeli bilik-bilik gerakan pembangkang supaya ia ditutup. Noh mendakwa sekarang pakatan pembangkang mempunyai kumpulan orang khas yang akan diangkut ke tempat ceramah mereka jika kurangnya kehadiran penduduk setempat.

Beliau juga melahirkan kebimbangan memgenai kemungkinan pakatan pembangkang melaksanakan pelan tindakan lain untuk menarik para pengundi di Selangor untuk menyokong mereka, termasuklah menghuru-harakan proses pilihan raya.

"Bunga-bunga ke arah menimbulkan huru-hara dapat dilihat di dalam proses penamaan calon di Sungai Acheh, Pulau Pinang yang tegang. Calon PAS dan PKR tidak ditentukan (sebelum penamaan) dan berlaku halang-menghalang di antara kedua-dua parti dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku menurut komen daripada pemerhati bebas," katanya.

Noh berkata parti pembangkang seperti PKR diasaskan daripada gerakan demonstrasi jalanan, berbanding BN yang dilatih supaya tidak menggunakan kekecohan dan tidak mengambil tindakan atau keputusan sendiri bila berhadapan dengan kerenah penyokong pembangkang.

Beliau mengarahkan jentera pilihan raya BN supaya melaporkan kepada jawatan kuasa pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya di setiap kawasan Parlimen yang dianggotai oleh wakil-wakil parti politik jika ada salah laku pihak pembangkang terutamanya semasa berkempen.

Di kawasan Parlimen Tanjung Karang misalnya DAP tidak boleh meletakkan benderanya di situ kerana hanya PAS dan PKR sahaja yang bertanding dan beliau telah memberitahu jentera BN di sana supaya melaporkan perkara itu kepada jawatan kuasa pemantau.

Noh, penyandang kerusi Parlimen Tajung Karang ditentang calon Bebas, penyanyi dangdut Herman Tino pada pilihan raya umum 5 Mei ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan