Pembangkang Lebih Ghairah dan Agresif Sehingga Timbul Kekacauan - TPM

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Pembangkang kali ini dilihat telalu ghairah dan agresif dalam usaha mereka merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sehingga menimbulkan kekacauan kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peristiwa letupan yang berlaku di Pulau Pinang ketika ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) malam Selasa lalu tidak sepatutnya berlaku di Malaysia untuk tujuan tertentu.

"Polis sedang menyiasat perkara itu dan ini adalah perkara serius, ini bukan cara Malaysia. Adakah mereka ingin menakut-nakutkan kita atau cuba menimbulkan kekacauan dan suasana tidak selamat? ini kita serahkan kepada pihak berkuasa.

"Mereka agak terlalu agresif, saya tidak tahu siapa disebalik yang meletupkan bom, ini polis akan siasat," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan 1Malaysia Support For Housewives dan Karnival Azam Kerja 1Malaysia di Dataran Segamat, dekat sini, Khamis.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S.Subramaniam, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.

Tambah beliau, apa yang lebih penting ialah pengundi mendapat maklumat yang tepat dan tidak membuat keputusan yang salah.

"BN ada cara dan pengalaman bagaimana untuk mendekati pengundi dan yang lebih penting adalah memberi maklumat yang jelas dan jawapan yang tepat kepada isu yang ditimbulkan pihak pembangkang," ujarnya.

Dalam pada itu, tambah beliau, BN sentiasa memastikan perjalanan kempen dilakukan secara baik dan berhemah mengikut prinsip perjuangan parti tanpa memburukkan pihak lawan seperti yang dilakukan pembangkang.

"Mereka berkempen tiada budi bahasa, yang pandai hanya mereka sahaja, kita sepatutnya melihat perjuangan parti bukan menilai keburukan calon.

"Calon mereka juga banyak keburukan tapi kita mahu kempen secara baik dan tidak mahu memburuk-burukkan mereka," katanya.

Mengulas tentang kehadiran penonton yang dikatakan agak ramai pada setiap kali ceramah dilakukan pembangkang, Muhyiddin berkata, kehadiran penonton tidak menggambarkan undian yang bakal mereka terima.

"Kita jangan terpengaruh dengan kehadiran dan angka, program kita pun ramai yang datang. Sebaliknya kita perlu mengetahu sikap pengundi sama ada mereka sokong atau tidak.

"BN ada pengalaman, kita tahu orang itu datang beri sokongan atau hanya sekadar datang menonton, kita ada cara pendekatan yang lebih baik dan bijaksana untuk tingkatkan sokongan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan