Pelatih PLKN Layak Mengundi Diberi Pelepasan Pada 5 Mei

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang layak mengundi diberi pelepasan pada 5 Mei ini untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelepasan itu bagi memudahkan pelatih mengundi pada pilihan raya umum kali ini.

Ini bermakna mereka ini akan mendapat cuti tambahan sehari kerana semua pelatih PLKN diberi cuti lima hari bermula 30 April hingga 4 Mei, katanya pada sidang media selepas melawat Kem Lagenda Seri Negeri, di sini, Khamis.

Menurut Abdul Hadi, terdapat tidak lebih 10 pelatih PLKN yang layak mengundi pada pilihan raya kali ini.

Beliau juga yakin pelatih PLKN tidak akan terlibat dengan gejala tidak sihat sepanjang tempoh bercuti kerana mereka telah diterapkan modul-modul dan disiplin yang tinggi sepanjang latihan itu.

Sementara itu, 3,500 warga kerja PLKN yang merupakan anggota tentera di 79 kem di seluruh negara tidak menghadapi masalah untuk mengundi kerana mereka mengundi awal.

Mengenai dua kem PLKN di Tawau dan Sandakan yang ditutup akibat kejadian pencerobohan pengganas Sulu baru-baru ini, Abdul Hadi berkata kedua-duanya akan dibuka semula tidak lama lagi setelah keadaan benar-benar pulih. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan