PAS Tidak Paksa DAP Terima Hukum Hudud - Abdul Hadi

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak akan memaksa DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.

Semasa berceramah di Kampung Batu Rakit dekat sini malam Rabu, Abdul Hadi memberi hujahnya berdasarkan sebaris ayat Al-Quran yang bermaksud 'tiada paksaan dalam agama'.

"Dalam perkara yang bersama, kita bersatu. Dalam perkara yang berbeza kita tidak berkelahi. Timbul masalah PAS melaksanakan hukum hudud, DAP tidak setuju tetapi tidak menentang.

"Ini suatu perbezaan yang kita kena faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan," katanya.

Abdul Hadi berkata masyarakat bukan Islam kini mula buka mata dengan menerima pucuk pimpinan utama negara dengan syarat pentingnya ialah beragama Islam.

Katanya parti itu mensasarkan kemenangan terlebih dahulu bersama sekutunya PKR dan DAP pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan kemudian barulah akan melaksanakan aspirasi PAS secara berperingkat.

"Kita nak menangkan dulu pakatan rakyat ini, biar rakyat pilih kita dulu. Nak tunaikan amanah buku jingga negara berkebajikan yang sama dengan PAS.

"Jangan bimbang kalau pakatan rakyat menang, perdana menteri (tetap) orang Islam. Kalau orang takut saya jadi PM tak apa, saya (turun) ke laut pun tak apa. Saya (boleh) jadi wakil rakyat pantau PM sama ada dia buat betul ke tidak," kata Abdul Hadi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan