Pakatan Tidak Layak Tadbir Negara Kerana Asyik Bercakaran Sesama Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengundi boleh membuat penilaian sendiri sama ada pakatan pembangkang mampu mentadbir negara apabila mereka tidak berkongsi pendirian serupa, termasuk pengumuman PAS untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya mereka membentuk kerajaan.

"Jelas sekali, mereka tidak memiliki kredibiliti untuk mendapat kepercayaan rakyat. Mereka sering membuat kenyataan yang bercanggah," kata perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang pertama kali mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum, berkata pertelagahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang berbeza dengan pendekatan secara konsensus dalam BN, yang dianggotai 13 parti komponen serta mewakili pelbagai komuniti di negara ini.

"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi tidak boleh berkonfrontasi dalam perkara berkaitan dasar. Dalam BN, kami sepakat dalam hal berkaitan dasar utama dan penting untuk negara. Kami mempunyai persefahaman," katanya ketika menikmati sarapan bersama orang ramai di pusat daerah mengundi dekat Pekan pada Khamis.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaku parti pimpinannya berbeza pendapat dengan DAP tentang pelaksanaan hukum hudud, bercita-cita untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bersama parti itu dan PKR untuk melaksanakan rancangannya itu secara berperingkat.

Bendahari agung MCA Datuk Seri Tan Chai Ho membidas setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang terus cuba mengelirukan rakyat, walaupun PAS mengumumkan rancangannya itu secara terang-terangan.

"PAS telah menghakiskan hak orang bukan Islam di Kedah dan Kelantan. Adakah rakyat masih percaya DAP mampu menyekat PAS?" tanya Tan, yang juga pengerusi MCA Wilayah Persekutuan dalam kenyataannya.

Sementara itu, hari ini, ketika berkempen di kawasan parlimen Pagoh yang disandangnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat memberi sokongan 100 peratus kepada BN untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.

"Tidak ada pilihan selain BN untuk menjamin masa depan negara ini. (Semua orang) boleh melihat melalui manifesto kami dan usaha yang kami lakukan selama ini, yang begitu cemerlang serta meliputi semua lapisan masyarakat," katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah dan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan Najib sebagai seorang doktor politik kerana kemampuan beliau dalam menangani masalah negara, manakala pembangkang pula katanya tidak mempunyai rekod pencapaian untuk dibuat perbandingan.

Ketika kerajaan bertngkus lumus melaksanakan pelbagai program transformasi untuk manfaat rakyat, pembangkang hanya tahu menyerang kerajaan melalui laman sosial untuk menarik simpati pengundi, kata Pairin ketika merasmikan program jelajah Yayasan Sabah di Tambunan.

Perdana Menteri kembali ke Pekan malam tadi selepas menamatkan jadual ketatnya dalam program jelajah pantai barat Sabah selama dua hari, di mana beliau melancarkan manifesto tambahan untuk membawa arus baharu pembangunan ke negeri yang menjadi kubu kuat BN itu.

Beliau akan berkempen di Perak esok, dengan menjadikan Kuala Kangsar sebagai kawasan persinggahan pertamanya. Bekas timbalan ketua Wanita Umno yang dipecat, Datuk Kamilia Ibrahim, akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi parlimen kawasan itu.

Sementara itu, satu lagi serangan khianat berlaku apabila bilik gerakan B Ndi Buntong, Perak dilontar bom api sebelum subuh hari ini oleh tiga belia, yang menyebabkan beberapa bendera BN musnah, sebelum kebakaran berjaya dipadam seorang pengawal keselamatan.

Polis menahan tiga suspek berhubung letupan yang mencederakan seorang pekerja parti ketika BN mengadakan ceramah di Nibong Tebal pada Selasa malam dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang mempunyai kaitan dengan kumpulan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan