Pakatan Rakyat Hadapi Masalah Dalam Isu Kerusi Tuaran

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Masalah kini tercetus dalam Pakatan Rakyat berkaitan pencalonan bagi kerusi Parlimen Tuaran dengan ketua Angkatan Perpaduan Sabah (APS) Datuk Wilfred Bumburing, yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), menuduh ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah "mensabotaj" calon pilihan Pakatan.

Bumburing berkata Ansari ditawarkan oleh pimpinan PKR untuk bertanding kerusi negeri Sulaman tetapi beliau (Ansari) menolaknya. Bumburing berkata Ansari sebaliknya mahu bertanding di kerusi negeri Tamparuli, tempat lahir ketua APS itu.

"Jadi, adalah tidak benar Ansari tidak ditawarkan bertanding pada PRU 5 Mei," katanya kepada pemberita di ibu pejabat APS di Kolombong, Inanam, dekat sini, Khamis.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Ansari bertanding di kerusi Parlimen Tuaran dan kerusi negeri Sulaman tetapi kalah di kedua-dua kawasan.

APS adalah sebahagian dari Pakatan Rakyat Sabah, dan anggota lain ialah PAS, DAP, PKR dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dipimpin oleh Datuk Seri Lajim Ukin. Bumburing berkata di bawah peraturan yang dipersetujui pimpinan pusat PKR, APS diperuntukkan kerusi parlimen Tuaran dan kerusi negeri Tamparuli sementara PKR diperuntukkan kerusi negeri Sulaman dan Kiulu.

"Semasa proses rundingan kerusi, Ansari berjanji, selepas menemui Anwar, tidak akan sabotaj calon-calon APS (yang bertanding atas tiket PKR) bagi Tuaran dan Tamparuli. "Sebaliknya, Ansari menyokong pencalonan anaknya Erveana Ansari untuk bertanding Parlimen Tuaran menentang saya," kata Bumburing.

Bumburing berharap Anwar dapat menyelesaikan masalah itu bila ketua pembangkang itu datang ke Sabah untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat Sabah hujung minggu ini (28 April). -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan