Najib Harap Rakyat Beri Sokongan Kepadanya & BN - Berita Semasa | mStar

Najib Harap Rakyat Beri Sokongan Kepadanya & BN

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepadanya dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini agar mereka dapat terus berbakti kepada rakyat.

Perdana menteri berkata di Malaysia, pilihan raya diadakan bagi memberi hak kepada rakyat untuk memilih pentadbir kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

"Ini ialah proses demokrasi yang telah diamalkan di negara kita sejak sekian lama. "Pilihan raya kali ini juga adalah sejarah baharu buat saya kerana ini kali pertama saya bertanding, bukan sahaja sebagai calon di Parlimen Pekan tetapi juga sebagai pengerusi BN," katanya dalam entri terbaharu blog beliau www.1malaysia.com.my bertajuk "Kempen PRU13: Hari Kelima" pada Khamis.

Dalam blog itu, Najib turut menyatakan bahawa beliau berpeluang melawat beberapa Pusat Daerah Mengundi semasa lawatan dua harinya ke Sabah pada Selasa dan Rabu, yang merupakan sebahagian daripada siri programnya sepanjang tempoh berkempen. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan