Muhyiddin Minta Pengundi Segambut Tolak Pembangkang Pada PRU-13

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bergambar di hadapan sebuah kenderaan yang dihiasi bendera dan poster Barisan Nasional ketika hadir di Pusat Komand Barisan Nasional (BN) Segambut, pada Khamis. Turut sama, calon Parlimen Segambut, P.117 Segambut Jayanthi Devi Balaguru (empat, kiri) dan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon (tiga, kanan). -Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bergambar di hadapan sebuah kenderaan yang dihiasi bendera dan poster Barisan Nasional ketika hadir di Pusat Komand Barisan Nasional (BN) Segambut, pada Khamis. Turut sama, calon Parlimen Segambut, P.117 Segambut Jayanthi Devi Balaguru (empat, kiri) dan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon (tiga, kanan). -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin malam Khamis meminta pengundi di Parlimen Segambut menolak pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Perdana Menteri berkata dengan rekod pembangkang yang gagal menyumbang kepada kemajuan kawasan itu, beliau percaya Barisan Nasional (BN)mampu menawan semula kerusi kaawsan itu pada 5 Mei ini.

"Saya fikir pengundi sudah kenal dan tahu apa yang boleh disumbangkan calon pembangkang...saya yakin penduduk juga tahu apa yang akan dan boleh disumbangkan BN jika dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan ini.

"Jadi, saya menyeru kerjasama seluruh penduduk Segambut supaya memberi sokongan dan mengundi calon BN, Jayanthi Devi Balaguru pada PRU-13, kerana saya percaya beliau mempunyai rancangan untuk rakyat di sini," katanya ketika berucap semasa melawat Pusat Operasi BN Segambut di sini.

Turut hadir sama Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, berkata banyak lagi pembangunan yang boleh dibawa BN ke kawasan itu kerana sudah terbukti kerajaan pusat membawa banyak pembangunan khususnya di Lembah Klang, walaupun hanya memenangi tiga kerusi daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.

"Segambut berada dalam kawasan pembangunan di Lembah Klang dan Kuala Lumpur sebagai tingkap kepada negara tentunya akan membawa bersama pembangunan yang dirancang ke kawasan Segambut.

"Saya yakin dengan sokongan yang diberikan kepada Jayanthi, yang tentunya akan mendapat sokongan dari kerajaan pusat, perancangan yang dirangka beliau akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk," katanya.

Jayanthi akan mencabar Lim Lip Eng dari DAP dalam merebut kerusi Parlimen Segambut yang mempunyai 75,631 pengundi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan