Mohd Ali Ingatkan Anggota Parti Politik Tidak Timbul Kekacauan

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengingatkan anggota semua parti yang bertanding di Melaka pada pilihan raya umum 5 Mei ini agar tidak membuat sebarang kekacauan sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian.

Beliau berkata anggota parti politik tidak sepatutnya menggunakan cara yang kurang berhemah dalam berkempen dan harus menghormati tatasusila serta undang-undang negara.

"Semua jentera parti yang bertanding pada pilihan raya ini juga diharap sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian letupan dekat bilik operasi pilihan raya BN Nibong Tebal Pulau Pinang pada Selasa menyebabkan seorang lelaki cedera di kaki, dan letupan dua bom petrol pada Rabu pagi menyebabkan bilik operasi BN di Sekinchan, Selangor terbakar.

Katanya setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden kekacauan di Melaka.

Pada majlis itu, seramai 1,008 penerima dari DUN Ayer Molek terdiri warga emas, ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah menerima bantuan JKM melibatkan jumlah keseluruhan RM271,590. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan