Lebih 80,000 Orang Asli Layak Mengundi 5 Mei Ini

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Lebih 80,000 daripada 180,000 anggota masyarakat Orang Asli di negara ini layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata masyarakat itu yang kini berpelajaran dan terbuka mindanya semakin memahami kepentingan mengundi yang menjadi penentu masa depan mereka.

"Mereka (Orang Asli) sudah ada ilmu, mereka sudah jelas dengan kepentingan mengundi dan sambutan baik sudah begitu terserlah apabila makin ramai mendaftar sebagai pengundi," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas bersama pemimpin masyarakat Orang Asli di sini, Khamis.

Seramai 111 pemimpin masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada Batin, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA), Setiausaha JKKKOA dan Bendahari JKKKOA Negeri Sembilan dan Melaka hadir pada majlis itu.

Ditanya mengenai sokongan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional (BN), Hasan berkata beliau melihat respon positif berdasarkan jumlah pengunjung yang ramai setiap kali kementeriannya mengadakan sebarang aktiviti membabitkan masyarakat Orang Asli.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) Datuk Mohd Sani Mistam berkata jabatannya menggiatkan usaha turun ke perkampungan Orang Asli di seluruh negara untuk menjelaskan tanggungjawab mendaftar sebagai pengundi.

Dalam pada itu, Mohd Sani berkata sebanyak RM3.3 juta telah diperuntukkan kerajaan pusat kepada JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka tahun ini untuk melaksanakan beberapa projek termasuk pengupayaan dan pembangunan ekonomi, infrastruktur dan pembangunan modal insan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan