Kursus Haji Ditangguh, Beri Laluan PRU-13 - Tabung Haji

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kursus Asas Haji selama dua hari yang dijadualkan bermula 4 Mei ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan di sini Khamis, berkata bagaimanapun tarikh baru belum diputuskan.

Kursus Asas Haji itu merupakan modul bimbingan haji bersepadu yang memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai tata cara menunaikan haji khususnya kepada bakal jemaah haji bagi tahun 2013/1434H.

Justeru, TH menasihatkan semua bakal jemaah haji supaya berhubung terus dengan cawangannya dan penganjur kursus berhampiran bagi memperoleh maklumat terkini mengenai tarihk, masa dan tempat kursus akan diadakan.

Bakal jemaah juga boleh berhubung terus dengan TH Contact Centre di talian 03-6207 1919. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan