Kota Laksamana Perlu Wakil Rakyat Baru

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Harapan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana di sini pada pilihan raya umum ke-13 ialah untuk melihat wakil rakyat yang dipilih mereka dapat membantu mengatasi masalah banjir dan beberapa isu lain di kawasan itu.

Iskandar Loh Abdullah, 50, berkata penduduk di situ perlukan wakil rakyat yang mampu melakukan sesuatu bagi menyelesaikan masalah mereka.

Katanya beliau pernah menyewa rumah di Taman Kota Laksamana Seksyen 1, tetapi sering menghadapi masalah banjir dan perkara itu diajukan kepada wakil rakyat (pembangkang), namun tiada tindakan atau maklum balas.

"Sekurang-kurangnya dua tahun sekali penduduk akan hadapi masalah banjir terutama kalau hujan lebat lebih daripada satu jam sehingga sebabkan kerosakan pada kenderaan dan harta benda," katanya kepada Bernama di sini.

Pekerja kedai cuci kereta itu berkata beliau kemudian berpindah ke sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana Utama Seksyen 3 kira-kira tiga tahun lepas.

Malangnya pangsapuri di bawah kendalian pihak swasta itu menghadapi masalah air kotor dan berbau dan perkara itu turut dipanjangkan kepada wakil rakyat yang sama, tetapi masih menemui jalan buntu.

Oleh kerana tiada pilihan lain, penduduk pangsapuri itu meminta bantuan terus daripada kerajaan negeri Barisan Nasional dan hasilnya jelas, dalam tempoh seminggu Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melakukan kerja pembersihan tangki, dan air bersih mula mengalir daripada paip.

Rasa kurang puas hati dengan wakil rakyat itu turut diluahkan Loi Hui Cho, 36, yang menetap 20 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Tengkera Jaya di sini.

Beliau dan penduduk pangsapuri itu menghadapi pelbagai masalah melibatkan tangki air, sistem perparitan dan beberapa kemudahan asas yang tidak diselenggara dengan sistematik sehingga mengundang ketidakselesaan tetapi tiada usaha daripada wakil rakyat berkenaan untuk membaiki keadaan.

Beliau berkata perkara itu kemudian diajukan terus kepada BN dan satu perjumpaan bersama penduduk diadakan minggu lepas bagi mencari jalan penyelesaian. Sementara itu, Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Melaka Datuk Chiw Tiang Chai berkata BN mempunyai pelbagai perancangan di DUN Kota Laksamana termasuk menjadikannya sebagai 'bandar raya hijau' dengan kemudahan laluan basikal dan pejalan kaki untuk pelancong.

Chiw yang merupakan calon BN DUN Kota Laksamana berkata usaha itu bukan hanya mampu meningkatkan kualiti udara malah mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Dari segi kebajikan rakyat pula, Chiw berkata PPP telah mengedarkan borang permohonan perlindungan insurans peribadi kepada 5,000 ketua isi rumah di DUN berkenaan yang ditanggung sepenuhnya oleh BN.

Selain itu pihaknya seperti yang diumumkan sebelum ini juga berjanji akan memberikan makanan percuma kepada penduduk kurang berkemampuan di DUN berkenaan selama lima tahun bagi meringankan beban ekoran kenaikan harga barangan pada masa ini.

"Sebab itu kalau BN menang (di DUN Kota Laksamana) kita akan bagi makan percuma dari 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam setiap hari...," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 5 Mei ini, Kota Laksamana akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Chiw dan calon muka baharu DAP, Lai Keun Ban. Kawasan itu mempunyai 19,732 pengundi berdaftar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan