Konsep 'Malaysian Malaysia' DAP Tidak Sesuai di Negara Ini - Rahim Tamby Chik

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Agenda 'Malaysian Malaysia' dan konsep meritokrasi yang dibawa DAP tidak sesuai diamalkan di negara ini yang mempunyai masyarakat berbilang kaum kerana dasar itu hanya menguntungkan sesetengah pihak.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata dalam isu itu orang Melayu yang paling banyak kerugian kerana mereka kini masih lagi ketinggalan terutama dari segi ekonomi.

"Konsep ini hanya sesuai jika kita ada satu masyarakat kesaksamaan dan kedudukan ekonominya sama...baru boleh kita melaksanakannya, tapi sekarang orang Melayu masih tertinggal dalam bidang ekonomi," katanya di sini, Khamis.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Risda ditemui pemberita selepas penyampaian bantuan khas RM500 kepada pekebun kecil Risda.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata pendekatan yang dilaksana Barisan Nasional (BN) lebih sesuai serta berkesan kerana dasar digubal dengan mengambil kira faktor-faktor tertentu.

Dalam pada itu, Abdul Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka melahirkan rasa kecewa dengan pendekatan DAP yang didakwanya gemar memainkan sentimen perkauman semasa berkempen pada pilihan raya umum ini bagi meraih undi kaum Cina.

Ketika kempen dan ceramah mereka, DAP dilihat menggambarkan kerajaan B Nseolah-olah menekan kepentingan ekonomi kaum Cina dan perkara itu tidak benar, katanya. "Saya ingin mengingatkan DAP agar tidak melanggar tradisi kesetiakawanan dan toleransi yang telah kita amalkan selama ini," katanya.

Pada majlis itu, 500 pekebun kecil menerima bantuan masing-masing yang bertujuan membantu meringankan mereka ekoran kejatuhan harga getah.

Sebanyak 22,515 pekebun kecil di negeri ini layak menerima bantuan itu dengan peruntukan RM11.075 juta. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan