Keselamatan Di Lahad Datu Terkawal Pada Hari Pengundian - KPN

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis memberi jaminan tahap keselamatan di Lahad Datu, lokasi pencerobohan kumpulan pengganas di pantai timur Sabah, berada dalam keadaan terkawal menjelang dan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, pihak polis sentiasa berhubung rapat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang diketuai Panglimanya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam menyusun-atur strategi penempatan pasukan keselamatan di sana.

"Ops Daulat masih lagi sebenarnya belum berakhir. Sememangnya, pasukan keselamatan terdiri polis dan tentera masih lagi berada di sana. Selain daripada kekuatan polis Sabah, kita masih lagi mempunyai kekuatan pasukan keselamatan di Semenanjung yang kita hantar di sana.

"(Selain daripada polis, tentera), APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan sebagainya masih berada di sana...Saya yakin dan puas hati dengan tindakan yang telah kita ambil. Insya-Allah, keadaan di Sabah sejak beberapa minggu adalah baik," katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke kontinjen Negeri Sembilan di sini, Khamis.

Beliau berkata, pasukan keselamatan ketika ini ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu bagi menghalang mana-mana pihak pengganas daripada mengganggu-gugat keharmonian dan proses pengundian nanti. Katanya, hari penamaan calon Sabtu lalu yang menyaksikan ramai orang keluar rumah adalah bukti terbaik bahawa keadaan di Lahad Datu ketika ini terkawal.

Mengulas laporan akhbar hari ini mengenai 35 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina ketika cuba memasuki perairan Malaysia, Ismail berkata Panglima ATM akan berhubung dengan rakan sejawatnya di Filipina untuk pengesahan perkara itu.

Mengulas perkembangan insiden letupan yang menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki semasa ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal, beliau berkata polis masih menjalankan siasatan.

Katanya, orang ramai tidak perlu gusar akan perkara itu kerana pihak polis telah meningkatkan rondaan serta menempatkan anggota polis di tempat-tempat ceramah bagi memastikan insiden berkenan tidak berulang. Dalam pada itu, Ismail berkata beliau berpuas hati dengan perancangan dan persiapan polis Negeri Sembilan dalam menghadapi hari pengundian pada 5 Mei ini.

Beliau berkata pihak polis sudah bersedia untuk menjalankan tugas di semua saluran yang telah ditetapkan begitu juga di tempat pembuangan undi, tempat penjumlahan undi. Beliau memberi jaminan proses PRU akan berjalan lancar.

"Keadaan ketika ini bukan sahaja di negeri Sembilan tetapi keseluruhan adalah terkawal dan beliau mengingatkan sesiapa yang cuba mengganggu keharmonian PRU13 sepanjang tempoh kempen sehinggalah menjelang 5 Mei ini, akan ditangkap dan didakwa secepat mungkin," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan