Kejayaan Felda Hasil Kepimpinan Berwawasan Kerajaan BN - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Kejayaan Felda sehingga muncul sebagai antara syarikat perladangan kelapa sawit terbesar dunia adalah disebabkan kepimpinan berwawasan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, jika masyarakat mahu melihat Felda terus menempa kejayaan dengan kebajikan peneroka terus dipelihara, mereka perlu terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Kejayaan Felda sehingga berada di tahap dunia ketika ini adalah disebabkan pemimpin-pemimpin berwawasan dan berani Barisan Nasional (BN) seperti bekas Perdana Menteri kedua negara, Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein)," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Putera, Felda Palong Timur di sini.

Menurut Muhyiddin, peneroka Felda perlu mengimbau kembali sejarah pergorbanan kepimpinan negara seperti Tun Abdul Razak yang mencetuskan penubuhan Felda.

Beliau berkata hasil perjuangan pemimpin-pemimpin dahulu dan sedia ada dalam BN, warga peneroka termasuk generasi keduanya mendapat pelbagai kemudahan.

"Saya meminta pada 5 Mei (hari pengundian) nanti, tuan-tuan dan puan-puan dapat berfikir dengan rasional dan tidak emosional dengan memastikan BN terus kekal berkuasa," katanya.

Di bawah kerajaan BN, Muhyiddin berkata Felda akan terus berkembang dengan pesat bagi memenuhi aspirasi pemimpin-pemimpin terdahulu yang berjuang untuk menubuhkannya.

Sementara itu, beliau juga berkata, BN merupakan sebuah parti politik yang sentiasa berpegang kepada janji dan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala yang dijanjikan kepada rakyat.

Aku Janji BN, kata Timbalan Perdana Menteri adalah tidak sama dengan manifesto pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak berhasrat untuk menunaikannya.

Turut hadir pada majlis itu adalah calon BN Parlimen Segamat Datuk Dr S.Subramaniam, calon BN bagi Parlimen Sekijang Anuar Manap dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan