Hudud Tak Boleh Dilaksanakan Tanpa Persetujuan Seluruh Rakyat M'sia - MB S'gor

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.

DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Khalid berkata, hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.

"Hukum Hudud merupakan prinsip Islam dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran di Selangor.

"Namun ia tidak dianggap sebagai satu ketetapan kerana rakyat di negara ini perlu mengikut apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Katanya lagi, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang merupakan badan tertinggi agama Islam di Selangor, tidak pernah membuat apa-apa ketetapan berhubung cadangan itu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam ceramahnya di Arau berkata, hukum Hudud adalah asas perjuangan PAS dan tidak boleh diubah, oleh itu PKR dan DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS.

Di Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 5 Mei.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan