DAP Tiada Kuasa Pecat Saya - Jenice Lee

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jenice Lee
Jenice Lee

PETALING JAYA: Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai yang juga bekas Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Selangor, Jenice Lee menegaskan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu tidak mempunyai kuasa untuk memecatnya.

Pada masa sama, Jenice turut mempersoalkan kesahihan pemecatannya.

Beliau berkata, selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf CEC kerana didakwa wujud penyelewengan ketika pemilihan parti itu pada Disember lalu, kedudukan jawatankuasa disiplin turut dipertikaikan.

Jawatankuasa disiplin antara yang turut dilantik oleh CEC.

"Jika CEC tidak diiktiraf, maka jawatankuasa disiplin juga tidak sah," katanya.

Lee dipecat daripada parti selepas mengemukakan borang penamaan calon untuk mempertahankan kerusi DUN Teratai di Selangor, Sabtu lalu.

Tindakan itu menyebabkan berlaku pertembungan lima penjuru di mana Lee turut akan bertemu seorang lagi calon DAP.

Lee turut menolak surat bertarikh 18 April daripada pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Kok Wai yang menggantung beliau daripada tugas selama enam bulan atas beberapa sebab.

"Jika anda lihat surat tersebut, ia dibuat tanpa kepala surat dan tandatangan.

"Tan suda berkata, tidak akan ada tindakan sehingga selepas pilihan raya umum, jadi bagaimana dia boleh mengeluarkan surat itu dengan tiba-tiba," soalnya.

Lee berkata, beliau tidak menerima surat tersebut secara peribadi dan mendakwa Tan mengedarkan surat itu kepada pemberita pada pagi Selasa.

"Bagaimana dia boleh sesuka hati mengebelakangkan tarikh surat tersebut," tegasnya.

Lee dan pembantunya, Lee Hsuan Ba berdepan siasatan jawatan disiplin selepas dakwaan mereka menyalahgunakan dana penduduk selepas membantu membina tembok penahan.

Surat tersebut yang diterima The Star turut menjelaskan dua lagi aduan termasuk dakwaan melantik syarikat Hsuan Ba untuk membekalkan barangan promosi menggunakan peruntukan kerajaan negeri selain tuduhan berulang dan serangan ke atas jawatankuasa disiplin.

Sementara itu, sekumpulan penyokong Lee berkumpul di depan ibu pejabat DAP selama beberapa jam menuntut parti menerima pencalonannya.

"Kami tidak mahu parti mengenakan semula hukuman terhadapnya secara membuta tuli, kami hanya ingin penjelasan mengapa calon boleh menang sepertinya tidak dibenarkan untuk mempertahankan kerusi DUN Teratai," kata seorang penyokong, Jess Lee.

Kebanyakan penyokong menyuarakan kemarahan mereka terhadap Tan.

Jess mendakwa Tan hanya ingin mencalonkan individu yang rapat dengannya dan penyokong Lee percaya wujud konspirasi untuk menyingkirkannya.

DAP menamakan bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tiew Way Kheng sebagai calon di kerusi DUN Teratai.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan