Cubaan Bakar Bilik Gerakan BN Buntong, DAP Perak Tawar RM5,000

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: DAP Perak menawarkan ganjaran wang sejumlah RM5,000 kepada mereka yang dapat memberi maklumat berkaitan percubaan membakar bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Buntong, dekat sini.

Setiausaha DAP, Perak Nga Kor Ming berkata Pakatan Rakyat juga mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut sambil menegaskan pihak mereka tidak mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan keji itu.

"Kami mahukan proses kempen pilihan raya berjalan dengan lancar," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Nga yang juga penyandang kerusi Parlimen Taiping dan calon bagi DUN Kepayang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) ini berkata ganjaran akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan dalang di sebalik perbuatan tersebut.

Sebuah botol berisi petrol telah dilemparkan ke bilik gerakan BN di Buntong dipercayai oleh tiga lelaki berusia lingkungan usia 20-an pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian tersebut, suspek dapat melepaskan diri selepas kereta yang dipandu terbabas selepas dikejar oleh pihak polis.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan