Ceramah DAP Tiada Permit Cetus Kekecohan

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ceramah anjuran DAP di Kampung Sungai Gelugor malam tadi terpaksa dihentikan kerana tidak mempunyai permit selain isi kandungan ucapan pemimpinnya berunsur provokasi terhadap parti lawan sehingga menimbulkan kekecohan di tempat ceramah.

Ceramah yang bermula pukul 9 malam itu dihadiri Pengerusi DAP Karpal Singh, Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Abdullah, calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Delima, R.S.N Rayer dan calon DAP DUN Dato Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Kekecohan dikatakan tercetus apabila sekumpulan pemuda bermotosikal membawa bendera Barisan Nasional (BN) melalui kawasan berkenaan ketika giliran Jagdeep menyampaikan ucapan dan sejurus selepas itu, kira-kira 100 penyokong DAP bertindak mengepung seorang lelaki yang menunggang motosikal tetapi lelaki itu meloloskan diri.

Berang dengan tindakan penyokong DAP itu, beberapa pemuda memakai baju B Ndipercayai rakan kepada penunggang yang dikepung tadi datang beramai-ramai tetapi tindakan pantas polis dapat menyuraikan majlis ceramah yang tidak mempunyai permit itu.

Jurucakap polis ketika ditemui di tempat kejadian mengesahkan penganjuran ceramah itu tidak mendapat permit polis dan terpaksa dihentikan bagi mengelakkan Sementara itu, Pengerusi BN Teng Chang Yeow menegaskan parti itu tidak terlibat dalam insiden kekecohan yang berlaku ketika sesi ceramah DAP di Sungai Gelugori.

Beliau berkata daripada siasatan dalaman parti, pihaknya mendapati tidak ada kumpulan penunggang motorsikal yang ditaja BN atau mendapat arahan untuk melakukan perkara sedemikian.

"Walaupun mereka dikatakan berpakaian BN tetapi daripada siasatan, tidak ada kumpulan terlibat mendapat tajaan BN atau parti komponen BN yang membenarkan atau mengarahkan mereka menjalankan perkara sedemikian. "Semua orang... Ramai orang yang datang ke sini untuk mendapatkan baju t kami. Ramai yang datang ke sini dan bertanyakan di setiap pusat. Ia percuma (baju t), " katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat BN, di sini, Khamis.

Dalam kejadian itu, seorang wartawan China Press membuat laporan polis kerana mendakwa dipukul oleh seorang daripada sekumpulan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, Teng meminta semua pihak termasuk pengamal media supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.

Teng berkata semua jentera parti diingatkan supaya menerapkan nilai etika, berhemah dan perlu berdisiplin dalam menjalankan kerja-kerja kempen pilihan raya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan