Calon BN Temerloh Beri Tumpuan Dekat Pengundi Muda

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah akan memberi tumpuan kepada pengundi muda di peringkat akar umbi dalam memastikan kerusi itu kekal milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Katanya daripada 66,105 pengundi di kawasan tersebut, kira-kira 30 peratus daripadanya adalah pengundi muda yang akan mengundi buat kali pertama.

"Saya akan turun padang mendekati mereka, sekali gus mengatasi masalah golongan tersebut.

"Saya yakin golongan muda akan memberikan sokongan kepada BN kerana sudah terbukti kejayaan dan pembaharuan yang dilakukan pemimpin tertinggi kepada golongan muda," katanya kepada pemberita selepas melancarkan mini manifestonya di Mentakab dekat sini Khamis.

Saifuddin berkata, beliau sangat memahami kehendak orang muda kerana beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Belia Malaysia suatu masa dahulu.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Saifuddin mengalahkan Ahmad Nizam Hamid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 2,441 undi.

Pada PRU kali ini, beliau akan menentang Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Hassan Tantawin dan berharap pengundi di Temerloh terus memberikan sokongan dan undi mereka kepada BN.

"Saya akan menemui pengundi muda dan mendapatkan sokongan mereka, terserah kepada pengundi untuk menentunya tetapi saya yakin BN masih boleh mempertahankan kerusi ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan