Calon BN Parlimen Klang Ikrar Selesaikan Masalah Banjir Kilat

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo berikrar untuk menangani masalah banjir kilat di Klang jika dipilih mewakili parlimen itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Teh berkata beliau bercadang melaksanakan projek tebatan banjir untuk membina sebuah kolam tadahan di Klang untuk mengurangkan kesan banjir. "Saya telah menggariskan tujuh ikrar bagi kawasan pilihan raya saya dan paling utama adalah untuk menangani banjir kilat di Klang jika saya diberi mandat. "Ini termasuk menambah baik sistem saliran dan membina kolam tadahan untuk mengurangkan kesan banjir dan kerosakan yang dialami akibat banjir itu," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini Khamis.

Teh, 61, seorang anak jati Pandamaran, berkata kerja penebatan banjir akan lebih ditumpukan kepada kawasan perumahan seperti Taman Melawis, Southern Park dan Bayu Perdana.

Pengerusi BN Klang itu akan memulakan usaha untuk memastikan aspek keselamatan dalam lingkungan kawasan pilihan raya Klang yang mempunyai hampir 97,000 pengundi.

Katanya, beliau mahu melihat lebih banyak konsep kejiranan berpengawal dimajukan di bandar diraja itu, yang terkenal dengan Bah Kut Teh dan makanan laut. "Saya akan mendapatkan bantuan polis untuk meningkatkan rondaan di kawasan perumahan, di kawasan kerap berlaku jenayah di Klang selain mewujudkan balai polis bergerak di kawasan terbabit," kata Teh, yang mula turun padang di Klang sejak 2008 setelah beliau dilantik penyelaras BN Klang.

Beliau berkata manifesto BN Selangor menyediakan peruntukan tahunan RM5,000 kepada Rukun Tetangga, untuk meningkatkan aktiviti mereka bagi menjadikan penduduk berasa selamat.

Teh, yang juga Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang berkata sebagai seorang usahawan, beliau akan menambah baik infrastruktur di kawasan perindustrian di Klang yang gagal dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan PKR sekarang. "Sekarang Abdul Khalid berkata beliau mahu memajukan Pelabuhan Klang jika diberi mandat. Beliau sepatutnya memajukan Pelabuhan Klang sejak hari pertama menjadi Menteri Besar Selangor dan bukannya sekarang. Beliau melagukan nada yang sama semasa berada di Ijok," katanya.

Pada pilihan raya 5 Mei ini, Teh akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Charles Anthony Santiago daripada DAP. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan