Calon BN DUN Sungai Limau Tumpu Pengundi Atas Pagar

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERAI: Masuk hari keenam berkempen, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Fadzilah Mohd Ali mula mengatur strategi dengan mendekati golongan pengundi atas pagar yang boleh menjadi faktor penentu kemenangan BN di kawasan berkenaan.

Menurutnya, beliau sudah mengenal pasti kira-kira 20 peratus pengundi dalam kelompok itu yang masih belum membuat keputusan untuk memberi undi sama ada kepada BN ataupun PAS.

"Saya akan beri tumpuan bertemu dengan orang (pengundi) atas pagar.

"Kita kenal pasti ada lebih 20 peratus pengundi atas pagar, katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pengundi Cina di Sungai Limau Dalam di sini, Khamis.

Fadzilah akan bertemu dalam saingan empat penjuru menentang penyandang kerusi DUN Sungai Limau iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta dua calon Bebas iaitu Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad.

Mengulas mengenai sokongan pengundi Cina seramai 6.72 peratus daripada 27,287 pengundi dalam DUN Sungai Limau, Fadzilah berkata sokongan kumpulan berkenaan sudah mula menaruh harapan kepada BN untuk membawa kemajuan di kawasan mereka.

Malah katanya, kumpulan penyokong tegar PAS sendiri sudah mula sangsi dengan kebolehan wakil rakyat mereka membela nasib rakyat.

"Orang Cina saya sudah biasa dengan mereka... saya tahu mereka mahukan pembangunan. Setakat retorik mereka tak mahu.

"Malah sokongan orang PAS pun sudah mula goyah, mereka sudah jemu dengan Azizan," katanya.

Selain itu Fadzilah yang mengaku sebagai calon 'underdog' berkata beliau yakin boleh memenangi hati pengundi di kawasannya untuk menyokong BN.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan