Bantuan Risda Kepada Pekebun Kecil Bukan Untuk Raih Undi

Diterbitkan: Khamis, 25 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Bantuan khas sebanyak RM500 yang dilancarkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) hari ini kepada pekebun kecil adalah kerana kejatuhan harga getah dan bukan untuk meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik berkata, tiada syarat dikenakan kepada penerima bantuan yang memaksa mereka agar menyokong atau mengundi kerajaan.

"Bantuan ini adalah hak rakyat yang disempurnakan oleh kerajaan yang difokuskan kepada Risda dan diberi dengan penuh keikhlasan.

"Mereka boleh berfikir secara rasional siapa yang mereka rasakan patut untuk mentadbir dan mengurus negara," ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pemberian Bantuan Khas Kerana Kejatuhan Harga Getah Peringkat Risda Negeri Johor, di sini, Rabu.

Pada majlis tersebut sebanyak RM 6.2 juta diperuntukan kepada seramai 320,000 pekebun kecil getah yang berdaftar dibawah Risda di seluruh negara layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan.

Jelas beliau, bantuan ini merupakan langkah segera bagi meringankan beban kos sara hidup yang terjejas akibat kejatuhan harga getah dunia.

"Saya harap agar pekebun kecil yang menerima bantuan ini dapat menggunakannya dengan bijak.

"Inilah bukti kerajaan dan agensi prihatin kepada kehendak rakyatdan Risda akan sentiasa memastikan nasib pekebun kecil terbela," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan